Aku kira agak gerun apabila mendengar isu ini. JENAYAH PEMERDANGAN ORANG. Gerun sekiranya aku atau orang yang ku kenali menjadi mangsa. Bagaimana agaknya rasa apabila menjadi mangsa pemerdagangan? tidak dapat ku bayangkan.
Jenayah pemerdagangan orang sangat kompleks kerana ia adalah jenayah terancang dan bersifat rentas sempadan yang bukan sahaja berlaku di Malaysia, sebaliknya isu yang bersifat global membabitkan semua negara di dunia dan banyak melibatkan negara maju. Majoriti mangsa adalah wanita yang diperdgangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersial.
Menurut kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang pernah ku baca dulu, telah dianggarkan seramai 12.3 juta orang yang bekerja sebagai buruh paksa, buruh tebus hutang, buruh paksa kanak- kanak dan abdi seks pada sesuatu masa. Sebahagian dijadikan pelacur. Mereka akan dikurung, dibiar kelaparan, dipukul dan diugut dengan pistol, sehingga mereka akur untuk melayan pelanggan mereka atau akur dengan tugasan yang diberi, termasuk mengemis dan sebagainya. Kejamnya dunia masa kini.
Perkara yang paling kukesali dan mendatangkan kemarahanku apabila ada di sesetengah negara, penjualan kanak- kanak ini disengajakan dan didalangi sendiri oleh ibubapa mereka kerana faktor kemiskinan yang membebani. Anak- anak dijual bagi mendapatkan sesuap nasi bagi seisi keluarga. Bagiku wajarkah menjual anak- anak yang telah dikandung selama sembilan bulan semata- mata untuk mengisi perut yang lain? Ku kira banyak lagi pekerjaan yang boleh dilakukan bagi menyara keluarga.
Malaysia juga tidak terkecuali daripada aktiviti perhambaan alaf baru ini. Keunikan Malaysia kerana terletak di tengah- tengah Asia Tenggara menjadikan penyeludup memilih negara ini sebagai negara transit. Mudahnya negara asing mempergunakan Malaysia. Di Malaysia sebahagian besar mangsa pemerdangan manusia terdiri dikalangan 2 juta pekerja asing sah dan 1.9 juta pekerja asing tanpa izin (PATI). Namun sesetengah mereka akan dieksploitasi, dipaksa bekerja tanpa secara rela atau bekerja kerana terikat dengan hutang.
Dalam usaha membanteras jenayah ini pihak kerajaan memerlukan kerjasama maksimum daripada orang awam. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh agensi berkaitan, namun usaha ini tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya tanpa bantuan masyarakat keseluruhan. Wajar dilaksanakan program 'Selamatkan Manusia'.
Dalam usaha membanteras jenayah ini pihak kerajaan memerlukan kerjasama maksimum daripada orang awam. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh agensi berkaitan, namun usaha ini tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya tanpa bantuan masyarakat keseluruhan. Wajar dilaksanakan program 'Selamatkan Manusia'.